55 Amalan sunnah Rasulullah saw
1. Pemadangan mata:
Pandangan
mata adalah anak panah iblis. Lihat
bukan muhrim sekali saja. Lihat kali
kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari.
Tiada kusyuk.
2. Makan garam:
Celup
jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab
keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. Minum tangan kanan
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan
kanan. Iblis minum dengan tangan kiri
4. Sesaat di jalan Allah:
Sesaat
berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam
Qadar walaupun hanya sekadar “hai kawan
ayuklah solat”
5. Langkah kanan:
Masuk
masjid kaki kanan, keluar kaki kiri.
Maka rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan
6. Makan tiga jari:
Nabi
saw makan kurma dengan 3 jari iaitu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah
dengan 3
suapan pertama ikut sunnah.
7. Jaminan Allah:
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang
memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang
keluar ke jalan Allah.
8. Gunting bulu:
Apabila
lelaki dan perempuan tidak menggunting mengemas bulu kemaluan dan ketiak
selama 40 hari maka iblis akan bersarang dan berbuai di
situ
9. Jangan bersiul:
Jangan
bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil
bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
10. Cara potong kuku tangan:
Mula
dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan
sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri
hingga ibu jari kanan
11. Cara
potong kuku kaki:
Mula
dari kelingking kanan ke sebelah kiri sempai kelingking kaki kiri
12. Panjang
lengan baju:
Panjang
tangan baju Rasulullah saw adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
13. Pakaian
kesukaan:
Pakaian
kesukaan Rasulullah saw gamis iaitu baju labuh atau kurta.
14. Bersiwak
Jika
didahului dengan bersiwak (bersugi) satu kali anda bertasbih maka Allah
hitung 70 kali bertasbih. Jika bersholat akan dihitung 70 kali solat
15. Doa dalam
sujud:
Saat
yang paling hamper antara seseorang hamba
dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya.
16, Adab di
tandas:
Masuk
tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. Adab
makan:
Hendaklah
menghindarkan diri dari kenyang yang melampau batas. Sepertiga makanan, sepertiga minum dan
sepertiga lagi untuk bernafas
18. Tiga jenis
orang:
3 jenis orang yang tidak akan di pandang oleh Allah swt pada hari kiamat iaitu orang
tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.
19. Pakai
minyak wangi:
Memakai
minyak wangi adalah sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke
masjid atau ke mana sahaja.
20. Ambil
wuduk sebelum tidur:
Gosok
gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat
dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan
21. Cincin
perak:
Pakai
cincin perak di kelingking kanan atau kiri.
Akan mendapat pahala sunnah berterusan selama memakainya.
22. Solat
fardhu di masjid:
Nabi
saw tidak pernah solat fardhu di rumah.
Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah
kiri akan dihapus satu dosa.
23. Pakai
celak:
Gunakan
celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan
menumbuhkan bulu mata. Setiap malam
dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
24. Panjang
pakaian:
Panjang
pakaian, jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis tidak
melebihi buku lali.
25. Solat
fardhu berjemaah:
Solat
fardu berjemaah di masjid dibayar 25 kali lipat dari solat sendiri di
rumah. Jika anda waras dan sempurna
akal, di manakah anda akan solat?
26. Menguap:
Menguap
adalah dari syaitan. Bila rasa hendak
menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan
masuk melalui mulut.
27. Menyinpan
janggut:
`Memotong
misai dan menyimpan janggut. Lebih
afdal dengan jambang sekali. Diberi
pahala amal berterusan selama menyimpannya.
28. Jangan
menghadap kiblat ketika buang air:
Jangan
menghadap atau membelakang kiblat ketika buang air kecil atau besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau
terpaksa.
29. Warna
pakaian Rasulullah:
Disunatkan
memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah saw menyukai pakaian berwarna
putih.
30 Posisi
tidur:
Posisi
tidur yang dianjurkan telah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan
mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
31. Minum
lepas makan
Lepas
makan nasi jangan minum terus minum.
Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. Tidur
sebelum Zohor:
Tidur
sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun
sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. Berdiri
hormat:
Rasulullah
saw membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi
hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis
34. Pakaian
berwarna:
Dilarang
memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai sami Hindu dan
Buddha khususnya bagi lelaki.
35. Makan
dengan orang miskin:
Rasulullah
saw suka mamberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin,
hendaklah kita mendahulukan mereka.
36 Menu
Rasulullah saw:
Rasulullah
saw membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan
sesendok madu asli.
37. Pemberian
yang tidak boleh ditolak
38. Ketawa Rasulullah saw.
Ketawa
Rasulullah saw hanyalah senyuman
39. Minuman Rasulullah.
Minuman
yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah minuman yang manis dan dingin
40. Hisap air dalam hidung
Ketika
membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam
hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung
41. Beri makan anak yatim:
Nabi
saw suka memberi makan anak yatim.
Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan
menghampiri bekas tersebut.
42. Larang pakai cincin.
Dilarang
memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah
43. Bangun tidur
Nabi
saw bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar
hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. Kongsi makanan:
Jangan
kedekut berkongsi makanan. Nabi saw suka
makan makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 rakaat sebelumm Zohor:
Solat
4 rakaat setelah gelicir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima
amal soleh dan tertutup ketika solat zohor
46. Istighfar:
Nabi
saw beristighfar kepada Allah mohon keampunan
dosa dan bertaubat setiap hari lebih dar 70 kali.
47. Jangan mencaci makanan
Jangan
mencaci makanan. Jika suka, makanlah,
jika tidak suka biarkan sahaja.
48. Apabila bertemu:
Apabila
bertemu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar
terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
49. Jawab salam dalam tandas:
Tidak
diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam
kalimah jawab salam. Cukup dengan
berdehem atau isyarat suara.
50. Makanan Panas:
Rasulullah
saw melarang meniup makanan panas.
Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk di makan.
51. Giliran minum:
Jika
berkongsi minum dalam satu glass atau botol, hendaklah memberi giliran minum
yang berikut kepada orang yang sebelah kanan.
52. 3 amal
Nabi
saw menasihati jangan meninggalkan 3 amal itu puasa 3 hari sebulan (afdal 13, 14 dan 15 haribulkan).
53. Jangan tidur meniarap:
Jangan
tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci
Allah.
54. Cara pegang miswak:
Miswak
dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari
lain di bahagian atas
55. Dua rakaat sebelum Subuh:
Dua
rakaat sunat sebelum solat fardu Subuh itu adalah lebih baik dari
dunia
segala isinya …
Wassalam -
Wallah hu alam.
Diterima
dari whatsapp Pak Engku - Pak Engku ingin kongsi bersama. Pak Engku susun jari 10 mohon maaf jika ada
tersalah silap.
No comments:
Post a Comment