Kita Ibarat Pinggan
(Diterima dari WhatsApp -
ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji
pinggan daripada Kita..
Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.
Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut
dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita
basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg
sepatutnya.
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam
keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara
pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain
selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..
Begitulah jua halnya dengan Allah Taala..
Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran
dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat
yang selayaknya bagi kita.. iaitu syurga..
Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam
keadaan kotor dengan dosa, Allah akan ’basuh’ kita sebersih-bersihnya di
dalam api neraka sebelum
memasukkan kita ke dalam syurga..
Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam
keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan
kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk
menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat
selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi..
Semoga bermanfaat “Kita Ibarat Pinggan…”
Wallah
hu alam
No comments:
Post a Comment