GANJARAN DISEBALIK
ZIARAH PESAKIT.
(Diterima dari Whatsapp - ingin kongsi bersama)
(Diterima dari Whatsapp - ingin kongsi bersama)
Dalam
sebuah Hadis diriwayatkan
“ Daripada Abu Hurairah r.a. , bahawa Nabi
s.a.w. bersabda : Hak seorang Muslim ke atas seorang muslim (yang lain ) ada enam: Baginda ditanya apakah ia ya Rasulallah ?, baginda menjawab: Apabila kamu menemuinya kamu
memberi salam kepadanya. Apabila dia menjemputmu kamu penuhi jemputannya,
apabila dia meminta nasihatmu kamu menasihatinya, apabila dia bersin lalu
mengucapkan Alhmadulillah, maka kamu mendoakannya (Yarhamkallah ), apabila dia sakit kamu
menziarahinya, apabila dia meninggal dunia, kamu iringi jenazahnya” Riwayat: Ahmad, al-Bukhari dan Muslim .
Sahabat-sahabat yang dikasihi jika diperhatikan
kepada hadis ini kebanyakan kita telahpun melaksanakan tuntutan ini. Namun
salah satu dari enam perkara yang
disenaraikan oleh Rasulullah ini terdapat satu perkara yang kerapkali diabaikan
oleh kita. Iaitu menziarahi orang sakit.
Kadang kala kita dengar bahawa teman atau
sahabat kita ditimpa musibah dan jatuh sakit namun kita bertangguh-tangguh
untuk menziarahinya. Berbagai alasan yang jika disenaraikan mungkin lebih dari
sepuluh … hakikatnya kalau kita benar-benar tahu fadhilat menziarahi pesakit
dan janji Allah dan Rasul padanya pasti kita tidak akan mengabaikannya.
Berikut disenaraikan tiga
kelebihan ziarah pesakit :
“ berkata Ali r.a. : aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak seorang muslim pun yang menziarahi saudaranya yang Islam pada waktu pagi, kecuali pasti berselawat ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga petang hari. Dan sekiranya dia menziarahinya waktu malam, pasti 70 ribu malaikat berselawat ke atasnya sehingga waktu pagi. Dan baginya mahligai di dalam syurga.” Riwayat Ahmad dan Al-Tirmidzi.
Zaiarah pesakit mengundang rahmat Allah. Anas bin Malik
ra menceritakan:
“ Aku pernah mendengar Rasullah s.a.w. bersabda :
sesiapa yang menziarahi pesakit, sesungguhnya dia bejalan dalam rahmat Allah,
apabila dia duduk di sisi pesakit rahmat menyelubunginya. Aku (Anas) bertanya : “ ya Rasulullah itu habuan buat orang yang
sihat yang datang ziarah pesakit, apa pula buat pesakit ?, Baginda menjawab : dihapuskan kesalahannya” Riwayat; Ahmad.
Beroleh kebahagiaan dan
syurga: Abu Hurairah
menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menziarahi
orang ditimpa musibah, kerana Allah Ta’ala, ada satu seruan yang menyerunya,
‘Semoga Allah Ta’ala memberi kebaikan kepada kamu, kebaikan dalam perjalanan
kamu, dan Allah Ta’ala akan menjadikan tempat duduk kamu dalam syurga” Riwayat: Ahmad, Al-Bukhari dan Ibnu Majah.
Sahabat-sahabatku
peluang sentiasa terbuka luas buatmu.. kenapa bila ada saudaramu apatah lagi
orang tuamu atau saudara maramu sakit tidak kau ziarahi.. bahkan kesibukkanmu
kau jadikan alasan … sedangkan doa malaikat, rahmat Allah, ketenangan jiwa dan
syurga Allah menantimu ……
Doakan Istiqamah..
No comments:
Post a Comment