Friday, July 4, 2014

Madah Terakhir surah Al-Mulk: Ayat 30


Ayat terakhir siri madah surah Al-Mulk..

Al-Mulk Ayat 30: 

                                    بسم  الله  الرحمن  الرحيم

67:30

Terjemahan Ayat 30:

30.     Katakanlah  lagi:  “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya  air kamu hilang lenyap  (ditelan bumi),  maka siapakah  (selain Allah)  yang dapat mendatangkan kepada kamu  air yang senantisa terpancar mengalir?”

  
Coretan  madah:

Awan terkumpul menurunkan hujan
Membasahi bumi menyuburkan tanaman
Air bersih sumber minuman
Sebagai penjana segala hidupan

Seringkali air dipandang ringan
Dimana-mana berlaku pembaziran
Ayat terakhir berbentuk ancaman
Nikmat air ditarik balik Tuhan

Diambil contoh musim kemarau
Air dicatu sebagai pemantau
Ramai orang begitu risau
Keadaan rumit menjadi kacau

Ketika itu barulah sedar
Kehadrat Illahi harapan disandar
Sholat Istisqa ditunai penuh sabar
Sesungguhnya Allah Maha Mendegar
Pasti nanti air kembali terpancar.


Wallah  hu  alam


No comments:

Post a Comment