Friday, July 11, 2014

Al-Ankaabut ayat 5 - 9,

بسم الله الرحمن الرحيم

 29:5

29:6

29:7

29:8

29:9


Terjemahan ayat:

5.       Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan):  maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
6.       Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatupun) daripada sekalian makhluk
7.       Dan orang-orang yang beriman serta beramal sholeh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.
8.       Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku  (dalam ibadatmu)  dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyi pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
9.       Dan orang-orang yang beriman serta beramal sholeh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang sholeh (dengan mendapat sebaik-baik balasan)


Coretan madah:

Janji Allah adalah pasti
Bertemu denganNya di akhirat nanti
Syurga, neraka tersedia menanti
Sebagai balasan kekal abadi

Keringat jihad mengalir ikhlas
Nafsu ditempur berhempas pulas
Senjata iman sebagai pengalas
Andai berjaya syurga dibalas

Tiada pernah Allah berhajat
Maha berkuasa Dia bersifat
DaripadaNya datang segala manfaat
Begitu juga perkara mudharat

Selagi kita bergelar manusia
Tiada terlepas berbuat dosa
Kerana itu selalu digesa
Beristighfar dan amalan diperkasa

Beruntunglah bagi yang beriman
Amal kebajikan mendapat balasan
Dosa silam bakal dihapuskan
Di syurga menanti segala kenikmatan

Kita beralih ke ayat lapan
Mematuhi ibubapa suatu kewajiban
Melainkan mereka mengajak kekufuran
Memaksa anak menyekutukan Tuhan

Contoh:

Anak mualaf diberi cobaan
Tersepit antara kasih dan iman
Ayat lapan memberi keyakinan
Kasih ditatang, aqidah dipertahan

Bukan mudah untuk memilih
Terasa khuatir diri disisih
Yakinlah Allah Maha Pengasih
Kembali padaNya berkeadaan bersih

Kemudian menyusul ayat sembilan
Pemberitahuan pada orang beriman
Bersama sholehin mereka dikumpulkan
Dianugerahkan syurga sebaik-baik balasan


 bersambung

No comments:

Post a Comment