Madah Surah
Al-Ankaabut
(Labah-labah)
بسم
الله الرحمن الرحيم
Mukadimah:
Tersimpul surah di dalam
madah
Bukan mentafsir merubah surah
Ilham yang datang anugerah
Allah
DaripadaNya jua segala
hidayah
Coretan madah ditulis ikhlas
Air wuduk sebagai penggalas
Sholat hajat sebelum dan
selepas
Menjadikan madah tersusun
kemas
Ada golongan jenis tak kisah
Sepintas lalu dibaca madah
Menggeleng tidak, mengangguk
entah?
Mungkin salah bahasa ku olah
Aku mengharap kritikan
membina
Menyedari diri tidak sempurna
Bukan niat mengejar nama
Madah ingin dikongsi bersama
Moga difaham coretan madah
Mengajak kita bermuhasabah
Bahasa Al-Quran begitu
indah
Dalam keindahan terselit
perintah
Tersurat juga berbagai kisah
Untuk pengajaran sekalian
ummah
Tanamkan semangat untuk
berubah
Berubah kita ke jalan Allah
Inn
syaa Allah
بسم
الله الرحمن الرحيم
Ayat 1 hingga
4
Terjemahan ayat::
1. Alif Laam Min (Allah sahaja yang
mengetahuinya)
2. Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji
(dengan sesuatu cubaan)?
3. Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menguji
orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian),
nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya
beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang
berdusta.
4. Bahkan
patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan
terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk
apa yang mereka hukumkan itu.
Coretan madah:
Ketemu lagi di arena madah
Setelah lama kita terpisah
Surah Al-‘Ankabuut kita berpindah
Membawa erti sang “labah-labah”
“Alif Laam Miin”mula kalimah
Sama seperti pembuka Al-Baqarah
Rahsia Allah kepada Rasulullah
Tiada mampu akal menterjemah
Ayat 2 hingga 4 bicara
ujian
Sebagai ukuran terhadap keimanan
Al-Baqarah ayat 214* turut
diperhatikan
Angka dan makna punya
persamaan
* Ayat 214
Surah Al-Baqarah
Terjemahan ayat:
Adakah
patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada
kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang
terdahulu daripada kamu? Mereka telah
ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan
(oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman yang ada besertanya: “Bilakah
(datangnya) pertolongan Allah?”
Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)
Coretan madah:
Teringat kisah Bilal bin
Rabah
Jerih disiksa Quraisy Makkah
Namun keimanan tidak berubah
Tetap utuh mengEsakan Allah
Siapalah kita mengaku beriman
Andai tewas pada ujian
Membiarkan diri dikuasai
syaitan
Na’uzubillah mohon dijauhkan
Allah mengecam pelaku jahat
Menyangka diri akan
terselamat
Kerana di dunia merasa hebat
Azab pedih menanti di akhirat
No comments:
Post a Comment