Al-Ankaabut Ayat 24
dan 25
بسم
الله الرحمن الرحيم
Terjemahan ayat:
24. Kemudian
seruan Nabi Ibrahim tidak dijawab oleh kaumnya melainkan dengan kata-kata
(tentangan yang kasar): “Bunuhlah dia
atau bakarlah dia”. Maka Allah
selamatkan Nabi Ibrahim dari api (yang disediakan oleh kaumnya). Sesungguhnya peristiwa yang demikian,
mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kekuasan Allah) bagi kaum yang (mahu)
beriman
25. Dan Nabi
Ibrahim berkata pula (kepada
kaumnya): “Perbuatan kamu menyembah
berbagai berhala, tidak menyembah Allah itu, hanyalah kerana menjaga hubungan
kasih mesra di antara kamu masing-masing dalam hidupan dunia ini; kemudian pada hari kiamat kelak setengah kamu
akan membantah setengahnya yang lain, dan setengah kamu pula akan melaknatkan
setengannya yang lain; dan
(kesudahannya) tempat kembali
kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan
pertolongan.
Coretan madah:
Kaum kufur bertindak kejam
Nabi Ibrahim mereka ancam
Dibakar hidup baginda tak seram
Darjat keimanan begitu mendalam
Ketentuan Allah segalanya mungkin
Api membahang bertukar dingin
Terselamat baginda, terkejut yang lain
Golongan mukmin bertambah yakin
Penyembah berhala baginda nasihat
Perbuatan mereka tiada manfaat
Hanya di dunia kasih terikat
Di hari kiamat saling melaknat
Giliran si kufur dibakar dahsyat
Pasti tiada sebarang penyelamat
Kekal diazab sepanjang hayat
Usah bermimpi mendapat rahmat
No comments:
Post a Comment