Yaseen Ayat 66 - 68
بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan – ayat 66 hingga 68:
66. (Matahati
orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji
mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari
jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
67. (Kekuatan
akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa mengubahkan keadaan jasmani
mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka
dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke
belakang
68. Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya. Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
Coretan madah:
Lama ku renung ayat di atas
Mula ku baca kurang jelas
Kemudian ku rujuk tafsir ringkas
Barulah faham maksud diulas
Ayat 66 dan 67 adalah gambaran
Bahawasanya Allah penuh kekuasaan
Mudah bagiNya menghapuskan penglihatan
Merabalah manusia mencari jalan
Jasmani pun jua mudah dirubah
Menjadi lemah tak dapat melangkah
Walau sebelumnya bertubuh gagah
Takdir Allah segalanya berubah
Ayat 68 begitu menarik
Ada maksud
terselindung disebalik
Di usia tua penglihatan jelik
Bentuk fizikal berubah lembik
3 ayat di atas mulanya payah
Payah difahami hampir ku mengalah
Aku bersyukur dikurniakan hidayah
Ayat tersebut mengandungi hikmah
Disuruh berfikir minda yang celik
Disuruh melihat kepada yang baik
Beramal sebelum jasmani lembik
Ingat Allah setiap detik
bersambung..
No comments:
Post a Comment