Friday, October 2, 2015

Yaseen Ayat 55-58

Yaseen Ayat  55-58 

بسم الله الرحمن الرحيم

36:55

36:56

36:57
36:58

Terjemahan – ayat 55 hingga 58:

55.     Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan leka menikmati kesenangan;
56.     Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berteleku di atas pelamin;
57.     Mereka beroleh dalam syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
58.     (Mereka juga beroleh)  ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani

Coretan  madah:

Penghuni syurga senang gembira
Bersama pasangan mereka bersukaria
Bagai pengantin sungguh bahagia
Raut wajah terpancar ceria

Banyak tersedia pelbagai buahan
Begitu jua segala makanan
Segera terkabul semua idaman
Terbayang di fikiran hidangan di hadapan

Kehidupan mereka dilimpah keberkatan
Mendapat salam daripada Tuhan
Ucapan tertinggi penuh kemuliaan
Sejahteralah mereka bahagia berkekalan
 
bersambung..

No comments:

Post a Comment