Berhijrah
kembali kepada Allah
بسم الله الرحمن الرحيم
Marilah kita
berhijrah kembali kepada Allah bertaubat kepada Allah beristighfar kepada Allah
Ta’ala. Seteruk mana pun kita sebanyak mana pun maksiat yang kita pernah
lakukan dahulu ketahuilah pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita kembali
kepada Allah Ta’ala.
Allah Ta’ala amat
menyukai dan mencintai hamba-hambaNya yang kembali bertaubat kepadaNya. Kalau
kita hendak jadi orang yang dicintai oleh Allah maka selalulah kita bertaubat
dan janganlah kita menjadi orang yang sombong yang tidak mahu bertaubat yang
tidak mahu beristighfar kepada Allah Ta’ala kerana antara adab kita sebagai
seorang hamba kepada Tuhan adalah kita mestilah selalu kembali kepadaNta.
Kita diwajibkan untuk
kita selalu bertaubat kepada Allah swt. Kita sebagai seorang manusia sebagai ummat
Rasulullah saw. Kenapa kita perlu bertaubat kepada Allah swt? Kenapa kita perlu kembali kepada Allah swt? Kenapa kita selalu dituntut
untuk istighfar kepada Allah swt? Ini merupakan adab seorang hamba kepada
Tuhannya.
Dan tanda seorang itu
betul-betul digolongkan dalam kalangan orang-orang yang tawadhuk itu adalah dia
selalu beristighfar kepada Allah swt selalu kembali dijalannya Allah swt
dengan istighfar dan taubat kepada Allah swt. Kenapa kita perlu bertaubat? Pertama
Ulama mengatakan "Manfaat daripada
taubat adalah agar diterima amal ibadah kita dan kita mendapatkan taufik dari
Allah swt".
Perlunya kita taubat
kepada Allah perlunya kita kembali kepada Allah swt kerana orang yang
selalu melakukan maksiat kepada Allah swt tidak akan tenang hatinya tidak akan
pernah merasakan kelazatan ibadah kepada Allah swt tidak akan pernah
merasakan kelazatan munajat kepada Allah swt. Oleh itu kita sebagai seorang
manusia seharusnya kembali kepada Allah swt.
Pada zaman dahulu salah
seorang tabi'in pernah mengatakan "Saya
meminta kepada Allah swt melakukan taubat berusaha selama 30 tahun tapi macam
saya belum merasakan saya punya diri betul-betul sudah kembali kepada
Allah swt
Sampailah suatu hari
beliau bermimpi. Di dalam mimpinya diseru suatu suara "Wahai Fulan. Tahukah engkau apa yang
engkau minta selama ini? Tidakkah engkau sedar apa yang engkau minta itu adalah
cintanya Allah swt kepada engkau?
Tidakkah engkau mendengar ayat Allah swt yang berbunyi "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."
Tidakkah engkau mendengar ayat Allah swt yang berbunyi "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."
Inilah orang-orang yang
selalu bertaubat kepada Allah swt yang selalu kembali kepada Allah adalah orang
yang berada di dalam kecintaan Allah swt. Orang yang selalu bertaubat sering
istighfar selalu kembali kepada Allah swt itu tandanya orang
tersebut dicintai oleh Allah swt.
Kita hendak diri kita
dicintai oleh Allah swt hendak diri kita mendapatkan ilmu yang bermanfaat
yang barokah yang diberkati maka hendaklah kita masuk ke dalam pintu taubatnya
Allah swt terlebih dahulu sebelum kita hadir menuntut
ilmu sebelum kita beramal.
Jadi kita tengok diri
kita dalam seharian berapa kali kita taubat kepada Allah swt beristighfar
kepada Allah swt? Oleh kerana itu kita disunatkan setiap pagi sebelum kita
memulakan aktiviti seharian kita maka kita sholat istikarah dan sholat taubat. Begitu
juga di malam hari kita bertaubat kepada Allah kita sholat sunat taubat minta
pengampunan dari Allah swt.
Yang kedua kata Ulama
kenapa kita perlu taubat? Kerana taubat itu di dalam semua ibadah kita adalah
yang wajib sedangkan amal-amal yang lain daripada kewajiban, sunnah dan selainnya itu merupakan hal yang bukan dihitung dari asasnya.
Di dalam kitab Minhajul Abidin Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah mengatakan "Perumpamaan orang yang taubat kepada
Allah swt dan dia mengamalkan amalan-amalan soleh seperti seorang yang
menghadiahkan kepada Raja hadiah berupa wanita yang cantik lagi hidup.
Manakala orang yang di
dalam sehariannya tidak pernah taubat kepada Allah swt ataupun juga dia beramal
soleh tetapi dia melakukan maksiat maka ini seperti orang yang menghadiahkan
Raja hadiah berupa wanita yang cantik tapi wanitanya mati menjadi mayat."
Jadi taubat itu seperti
asas. Bagaimana kita beribadah kepada Allah swt tetapi setiap hari kita
bermaksiat kepada Allah swt. Jadi tidak mungkin daripada adab sebagai
seorang yang menuntut ilmu yang mana dia ingin mendapatkan ilmu yang bermanfaat
yang barokah yang diberkati yang akan menghasilkan rasa takut dia kepada Allah swt
yang akan mendekatkan dirinya kepada Allah swt kalau dirinya tidak bertaubat
kepada Allah swt.
Keutamaan taubat adalah
supaya amal kita diterima dan di dalam kita bertaubat kita mendapat taufik dari
Allah swt untuk kita melakukan amal kebaikan dan terus mendekatkan diri
kepadaNya dan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang dicintai oleh
Allah swt. Oleh kerana itu kita setiap hari kena taubat kepada Allah.
Pagi kita sholat sunat
taubat, malam kita sholat sunat taubat supaya kita selalu mendapatkan taufik dari
Allah swt. Orang yang sudah jarang taubat yang jarang istighfar itu
biasanya orang yang sombong.Kenapa? Kerana jarang kembali kepada Allah swt. Kata
Rasulullah saw "Menangislah kalian.
Kalau kalian tidak mampu menangis itu kerana kerasnya hati maka berusahalah
paksalah kalian untuk menangis."
Kalau kita tidak mampu
menangis itu bermakna hati kita keras. Jadi di dalam taubat kepada Allah kita
kena paksa diri kita buat diri kita untuk menangis dengan kita ingat dosa dan
kesalahan yang kita sudah lakukan, kita ingat kekurangan kita, kita ingat
keburukan kita, kita ingat nanti di Yaumul Qiyamah kita berada di golongan yang
mana? Adakah kita bersama orang-orang yang diberikan nikmat ataupun sebaliknya?
Itu semua mengingatkan
akan lemahnya kita sebagai hamba dan In sha Allah dengan kita selalu muhasabah
diri kita In sha Allah akan membuatkan hati kita lembut dan sering-sering
membaca Al-Quran sering-sering membaca selawat kepada Rasulullah saw kerana orang yang sering membaca selawat kepada
Baginda Nabi saw akan mendapatkan rahmat
daripada Allah hatinya akan lembut. Kalau hatinya lembut maka dia akan mudah
untuk kembali kepada Allah swt.
Jom kita muhasabah diri. Jom kita berhijrah menjadi yang lebih baik daripada tahun tahun yang lalu.
Jom kita bertaubat kepada Allah. Jom kita bantu agama Allah. Jom kita lakukan amal kebaikan. Jom kita mengimarahkan rumah Allah. Jom kita sholat berjemaah. Jom kita hadiri majlis ilmu. Jom kita dekatkan diri dengan Para Ulama dan Solihin.
Melihat Para Ulama dan Para Solihin ubat bagi hati.
Peringatan buat diri sendiri secara khususnya dan
bersama secara umumnya. Semoga mendatangkan
manfaat. Saling ingat mengingatkan
Wallahu’alam
No comments:
Post a Comment