Friday, December 4, 2015

Yaseen Ayat 81-83 - Ayat Terakhir

Yaseen Ayat  81-83

بسم الله الرحمن الرحيم

36:81
36:82

36:83


Terjemahan – ayat 81 hingga 83:
                   
81      Tidakkah diakui dan tidakkah di percaya bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi  (yang demikian besarnya)  -  berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu?  Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa!  Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui
82      Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu hanyalah Ia berfirman kepada  (hakikat) benda itu;  “Jadilah engkau!”  Maka ia terus menjadi
83.     Oleh itu akuilah kesucian Allah  (dengan menucapkan:  Subhaanallah) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua di kembalikan.



Coretan  madah:

Allah itu Maha Pencipta
Bukan sekadar menciptakan kita
Dia lah pencipta alam semesta
Juga alam ghaib dan alam nyata

Kun faya kun  firman perintah
Terjadi segalanya seizin Allah
Bagi Allah semuanya mudah
Kenyataan ini mustahil dibantah

Ayat penutup berbentuk seruan
Manusia diseru mengagungkan Tuhan
Kesucian Allah tiada bandingan
KepadaNya nanti semua dikembalikan



Wallah hu alam…

4 comments:

  1. Dari Allah kami datang, kepada Allah kami di kembali. Semuga Pak Engku mendapat bahagia di sisi-Nya

    ReplyDelete
  2. Moga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Pak Engku..amen..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, nama saya Nurul Husna Bt Mohd Kamil pelajar tahun 3 architecture IIUM, Gombak. Dalam kulliyah kami mempunyai subjek yg dipanggil HERITAGE STUDIES utk mengkaji bangunan2 sejarah malaysia terutama Masjid. Masjid yang dipilih lecturer kami MASJID RAJA ALANG, HILIR BERANANG. Oleh itu kami ingin menkaji salasilah raja alang supaya boleh menemui bangunan2 laen yg dibina bawah kuasa, zaman atau pemerintahan beliau..saya terjumpa nama tuan dlm blog http://artmelayu.blogspot.my/2011/04/makam-tomb-of-raja-alang-ibni-raja.html harap boleh beri pencerahan dan kerjasama..kalau sudi..tuan boleh contact email saya: senahnana@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kerja kami akan didokumentasikan jika memuaskan

      Delete