Yaseen Ayat 81-83
بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan – ayat 81 hingga 83:
81 Tidakkah
diakui dan tidakkah di percaya bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan
bumi (yang demikian besarnya) -
berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka
dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai
berkuasa! Dan Dialah Pencipta yang tidak
ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui
82 Sesungguhnya
keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu hanyalah Ia
berfirman kepada (hakikat) benda
itu; “Jadilah engkau!” Maka ia terus menjadi
83. Oleh itu
akuilah kesucian Allah (dengan
menucapkan: Subhaanallah) – Tuhan yang
memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua di
kembalikan.
Coretan madah:
Allah itu Maha Pencipta
Bukan sekadar menciptakan kita
Dia lah pencipta alam semesta
Juga alam ghaib dan alam nyata
Kun faya kun
firman perintah
Terjadi segalanya seizin Allah
Bagi Allah semuanya mudah
Kenyataan ini mustahil dibantah
Ayat penutup berbentuk seruan
Manusia diseru mengagungkan Tuhan
Kesucian Allah tiada bandingan
KepadaNya nanti semua dikembalikan
Wallah hu
alam…
Dari Allah kami datang, kepada Allah kami di kembali. Semuga Pak Engku mendapat bahagia di sisi-Nya
ReplyDeleteMoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Pak Engku..amen..
ReplyDeleteAssalamualaikum, nama saya Nurul Husna Bt Mohd Kamil pelajar tahun 3 architecture IIUM, Gombak. Dalam kulliyah kami mempunyai subjek yg dipanggil HERITAGE STUDIES utk mengkaji bangunan2 sejarah malaysia terutama Masjid. Masjid yang dipilih lecturer kami MASJID RAJA ALANG, HILIR BERANANG. Oleh itu kami ingin menkaji salasilah raja alang supaya boleh menemui bangunan2 laen yg dibina bawah kuasa, zaman atau pemerintahan beliau..saya terjumpa nama tuan dlm blog http://artmelayu.blogspot.my/2011/04/makam-tomb-of-raja-alang-ibni-raja.html harap boleh beri pencerahan dan kerjasama..kalau sudi..tuan boleh contact email saya: senahnana@gmail.com
ReplyDeleteInsya Allah kerja kami akan didokumentasikan jika memuaskan
Delete