Zuhud *
بسم الله الرحمن الرحيم
Hasan Basri ditanya. Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?
Beliau menjawab aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain kerana itu
hatiku selalu tenang.
Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan
orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.
Aku tahu Allah Ta’ala selalu
memerhatiku, kerana itulah
aku malu jika
Allah melihatku sedang dalam maksiat.
Dan aku tahu kematian itu sudah
menungguku kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuan dengan
Allah …
Wahai sahabat-sahabatku: jangan tertipu
dengan usia muda kerana syarat mati tidak harus tua. Jangan terpedaya dengan
tubuh yang sihat kerana syarat mati tidak semestinya sakit.
Jangan terpedaya dengan harta kekayaan.
Sebab si kaya pun tidak pernah, menyiapkan kain kafan buat dirinya meski cuma
selembar.
Mari terus berrbuat baik, berniat untuk
baik, berkata yang baik-baik, memberi nasihat yang baik. Meskipun tidak banyak
orang mengenalimu dan tidak suka dengan nasihat.
Cukuplah Allah mengenalimu lebih pada
orang lain.
Jadilah bagai jantung yang tidak
terlihat, tetapi terus berdenyut setiap saat hingga kita terus dapat hidup,
berkarya dan menabur manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan oleh Nya
Sahabat-sahabatku “Waktu yang kusesali adalah jika pagi
hingga matahari terbenam amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku tahu
saat ini umurku berkurang”. Ibnu
Mas’ud ra
Nasihat ini untuk diri sendiri dan
share kawan-kawan
Wallahualam
No comments:
Post a Comment