Yaseen Ayat 74-76
بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan – ayat 74 hingga 76:
74. Dan
tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan) semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu)
75. Benda-benda
yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang
benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadhir (pada hari kiamat, untuk memberi azab
seksa) kepada mereka
76. Maka
janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan
mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang
mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
Coretan madah:
Ayat 74 ada yang tersirat
Peyembahan berhala diakui sesat
Patutkah pula kita rasa ‘selamat’
Mengangap diri hamba yang taat
Cuba renung cuba lihat
Selama ini apa yang dibuat
Hawa nafsu mampukah disekat
Apa yang difikir setiap saat
‘Bertuhankan nafsu’
suatu istilah
Bukan maksud nafsu disembah
Iman kita seringkali
lemah
Perbuatan dosa melebihi ibadah
Kadangnya kita terlepas pandang
Melupa Tuhan selepas sembahyang
Kecintaan kita turut menyimpang
Urusan dunia memenuhi ruang
Siang malam menguat harta
Untuk kesenangan keluarga tercinta
Mengharapkan ia menolong kita
Tatkala malang datang menimpa
Meminta tolong kepada manusia
Manusia itu tak punya kuasa
Mengumpul harta tiada berguna
Bukan harta menjamin bahagia
Harta yang banyak harus dijaga
Hingga malam tidur tak lena
Istilah
‘tentera’ begitu menggena
Seperti firman ayat tujuhpuluhlima
Ayat 76 kita berpindah
Cuba bayangkan zaman jahiliyah
Kepayahan Nabi ketika berdakwah
Kaum musrik membuat tohmah
Kesesatan mereka begitu nyata
Penyambah berhala merata-rata
Berhala tempat mereka meminta
Walau berhala hanya patung semata
Ayat 76 kata pujukan
Agar Nabi bersedih jangan
Usah dihirau segala tuduhan
Yang Maha mengetahui hanya Tuhan
Ayat ini jadikan pedoman
Usaha dakwah banyak rintangan
Akan datang berbagai tuduhan
Anggaplah ia sebagai ujian
bersambung..
No comments:
Post a Comment