Yaseen Ayat 71-73
بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan – ayat 71 hingga 73:
71. Tidakkah
mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka
binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami
ciptakan dengan kekuasaan Kami, lalu mereka memilikinya?
72. Dan Kami
jinakkan dia untuk kegunaan mereka, maka sebahagin di antaranya menjadi
kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan
73. Dan
mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga
beroleh minuman, maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
Coretan madah:
Berbilang jenis binatang diciptakan
Ada menjadi binatang termakan
Sumber rezeki penternak usahawan
Pendapatan mereka begitu lumayan
Mereka miliki ladang berekar-ekar
Punya kereta dan rumah besar
Mereka juga harusnya sedar
Zakat ternakan wajib dikeluar
Waktu di zaman dahulu kala
Binatang menjadi kenderaan utama
Dalam perang pun jua sama
Terkorban nyawa ia rela
Berbagai faedah manusia dapat
Kulit dan bulu dapat dimanfaat
Daging dan susu banyak khasiat
Andai berlebihan membawa mudarat
Jika direnung resam binatang
Mereka patuh tak pernah menentang
Diperah susu tidak menentang
Disembelih leher tidak menghalang
Bagaimana kita selaku manusia?
Kita dijadikan makhluk mulia
Namun ramai
yang leka dunia
Perintah Tuhan sering dipersia
bersambung..
No comments:
Post a Comment