بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan
– ayat 18 dan 19:
18. Penduduk
bandar itu berkata pula: “Sesungguhnya
kami merasa nahas dan malang dengan sebab
kamu. Demi sesungguhnya kalau kamu tidak
berhenti (dari menjalankan tugas yang
kamu katakan itu) tentulah kami akan
merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang
tidak terperi sakitnya”.
19. Rasul-rasul
itu menjawab: “Nahas dan malang
itu adalah disebabkan (kekufuran) yang
ada pada kamu . Patutkah kerana kamu di
beri peringatan dan nasihat pengajaran
(maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu???) (kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau”.
Coretan madah:
Nasib malang sering menyusul
Perasaan marah meluap timbul
Mereka mengancam menyiksa Rasul
Namun Rasul tak rasa terpukul
Ancaman dijawab sebegitu senang
Mereka sendiri pembawa malang
Kerana nasihat tidak dipandang
Malah melampau berlaku jalang
..bersambung..
No comments:
Post a Comment