Selawat dan
Salam
بسم الله الرحمن الرحيم
Selawat dan salam ke
atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw
yang kita menjadi mulia dengan beliau yang kita menjadi terhormat dengan beliau
Nabi Muhammad.
Walaupun semua pujian
dan unkapan yang kita luahkan ungkapkan tidak akan habis sifat yang terpuji dan
mulia yang berada pada diri Rasulullah.
Marilah kita memperbanyakkan
selawat tanda kerinduan dan kecintaan kita kepada baginda Rasulullah.
Segala kepujian kembali
kepada Allah ataupun selain daripada Allah swt yang dipuji adalah
bahagian serpihan daripada keindahan nama Allah swt Yang Maha Terpuji
sehingga dengan namaNya Yang Maha Terpuji daripada ciptaanNya banyak dipuji kerana
dilihat indahnya ciptaan tersebut dan ini merupakan cerminan daripada nama
Allah swt Yang Maha Indah dan lagi Maha Terpuji.
Dan di antara sekalian
makhluk yang terpuji yang masing-masing mempunyai batasan di dalam kepujiannya. Akan tetapi kepujian yang ada pada satu
makhluk ini tidak ada batasan disebabkan kerana satu makhluk ini ketika
diberikan oleh Allah swt gelaran.
Gelaran itu adalah
berupa kepujian daripada Allah swt yang
sehingga dengan gelaran yang diberikan oleh Allah kepada makhluk ini tidak
mempunyai sempadan maknanya walaupun sekian ungkapan diungkapkan untuk
menceritakan tentang kepujiaan Nabi Muhammad saw akan habis semua kalimat akan
habis semua nafas akan habis semua makhluk sementara kepujian yang ada pada
Rasulullah tidak akan habis
Beliau adalah merupakan
seseorang yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita. Al-Imam Ali bin Muhammad bin Hussain
Al-Habsyi mengatakan. Sebanyak mana
orang akan mengungkapkan tentang kepujian dan sifat mulia Rasulullah akan habis semua kalimat akan habis semua
huraian.
Akan tetapi sifat yang
ada pada Rasulullah adalah belum habis lagi disebabkan oleh kerana nama
Rasulullah dan kepujian yang ada pada
beliau, kemuliaan yang ada pada beliau bukan diberitahukan oleh Allah swt
kepada kita melalui Al-Quran sahaja.
Akan tetapi namanya
sudah disebutkan bukan di zaman Nabi Adam 'Alaihissalan bahkan bukan setelah
Nabi Adam bahkan sebelum Nabi Adam lagi sudah disebutkan nama Nabi Muhammad.
Demikian yang
diungkapkan oleh Nabi Adam 'Alaihissalam ketika berdoa memohon ampun kepada
Allah swt dengan menyebut nama Nabi Muhammad. Ketika ditanya bagaimana engkau kenal kepada
Muhammad.
Maka dijawab oleh Nabi
Adam 'Alaihissalam "Ketika aku
diciptakan oleh Engkau dan dihembuskan roh.
Aku mengangkat setelah bangkit daripada sujud tertulis ditiang-tiang
Arasy "Laa Illaha
Illallah Muhammadur Rasulullah". Tidak diiringkan nama seseorang ataupun nama
makhluk bersama denganMu kecuali makhluk itu adalah makhluk yang Engkau
muliakan wahai Allah swt. Maka
dibenarkan oleh Allah swt dan dikatakan kalau bukan kerana dia. Aku tidak ciptakan engkau.
Namanya sudah disebut
sebelum wujud makhluk ini semua bahkan namanya berada di Arasy dan beliau
adalah Nabi kita Nabi Muhammad saw yang
kita mulia dengan beliau yang kita menjadi terhormat dengan beliau. Yang mana kata Allah "Kamu (Nabi Muhammad) sebaik-baik ummat yang diciptakan yang
dikeluarkan oleh Allah untuk semua ummat manusia"
Mutiara kata - Al-Habib
Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzohullah.
Pernah berkata Al-Habib
Muhammad Quraisy Baharom Hafidzohullah "Jika
ada orang yang redha Allah swt sebagai Tuhannya pasti dia tidak akan
melakukan maksiat dan sekiranya ada orang yang redha Nabi Muhammad saw itu adalah Rasulnya maka pasti lidahnya tidak
akan lekang daripada berselawat."
Berkata Al-Habib
Najmuddin Othman Al-Khered Hafidzohullah "Walaupun kamu menginfakkan semua
harta kekayaanmu dan menggadaikan nyawamu sekalipun. Ketahuilah kamu tidak akan mampu untuk
membayar semua jasa Baginda Rasulullah”.
Dan salah satu cara
untuk kamu membalas,membayar jasa Nabi Muhammad
itu adalah dengan kamu memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda
Rasulullah .
Ketahuilah setiap
selawatmu kepada Rasulullah pasti akan
dibalas dijawab oleh Baginda Rasulullah .
Dan orang yang mengatakan dirinya mencintai dan merindui kepada Baginda
Rasulullah pasti lisannya tidak akan putus daripada berselawat.
Dan semakin banyak kamu
berselawat maka semakin dekatlah dirimu kepada Baginda Rasulullah dan selawat itu akan menjadi cahaya yang akan
menerangi kepada dirimu ketika di Yaumul Qiyamah kelak.
Nabi bersabda "Orang yang paling dekat dengan
diriku di hari kiamat nanti adalah mereka yakni orang yang paling banyak
berselawat kepadaku."
Muhasabah diri. Perbanyakkan Selawat.
Hidupkan
malam Jumaat. Tingkatkan amal soleh. Sayangi ulama
dekati mereka.
Melihat wajah para ulama dan orang soleh ubat bagi hati. Jom hadiri majlis ilmu. Ambil ilmu daripada dada para ulama.
Peringatan buat diri sendiri serta peringatan bersama.
Melihat wajah para ulama dan orang soleh ubat bagi hati. Jom hadiri majlis ilmu. Ambil ilmu daripada dada para ulama.
Peringatan buat diri sendiri serta peringatan bersama.
Wallahualam - Wasalam.
Mohon maaf jika
terdapat salah silap.
No comments:
Post a Comment