Friday, August 22, 2014

Al-Ankaabut ayat 31 - 35

Al-Ankaabut Ayat  31  hingga  35

بسم الله الرحمن الرحيم 

29:31

29:32

29:33


29:34

29:35



Terjemahan  ayat:

31.     Dan ketika datang (malaikat) utusan Kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang mengembirakan, mereka berkata:  “Sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini, sesungguhnya penduduknya adalah orang-orang yang zalim”.
32.     Nabi Ibrahim berkata:  Sebenarnya Luth ada di bandar itu”.  Mereka menjawab:  “Kami mengetahui akan orang-orang yang tinggal di situ.  Sesungguhnya kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) - kecuali isterinya, ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan”
33.     Dan tatkala datang utusan-utusan itu kepada Nabi Luth, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya): dan (setelah melihatkan halnya yang demikian), utusan-utusan itu berkata:  “Janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita, sesungguhnya kami akan menyelamatkanmu dan keluargamu  (serta pengikut-pengikutmu)  -  kecuali isterimu, ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan.
34.     “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab darilangit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”
35.     Dan demi sesungguhnya, Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya.


Coretan madah:

Permohonan Luth dijawab Allah
Diturunkan malaikat membawa musibah
Di rumah Ibrahim mereka singgah
Mengkhabarkan anak akan dianugerah

Baginda rasa begitu suka
Dalam suka ada duka
Berita azab untuk penderhaka
Kaum Luth bakal celaka

Kerisauan Ibrahim dijawab malaikat
Luth dan pengikutnya akan terselamat
Isterinya termasuk kaum dilaknat
Kerana si isteri berlaku khianat

Malaikat menyamar selaku tetamu
Segak tampan dipandang tak jemu
Luth risau mereka diganggu
Buntu memikir, baginda termanggu

Namun malaikat memberi jaminan
Kedatangan mereka sebagai utusan
Pelaku mungkar akan dibinasakan
Isteri Nabi tiada pengkecualian


Surah Hud ayat 82* memberi penjelasan
Kota tersebut Allah terbalikkan
Kemudian turun sejenis hujan
Batu panas menghujani berterusan
Berlumuran darah mayat bertaburan

*  Ayat  82  Surah  Hud

11:82

Terjemahan ayat:

Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami.Kami jadikan negeri kaum Luth itu tonggangterbalik  (tertimbus segala yang ada di muka bumi),  dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar menimpanya bertalu-talu.

Rejaman batu setimpal hukuman
Seks songsang diluar batasan
Amat hina lagi menjijikan
Kisah Luth menjadi pengajaran


bersambung..

No comments:

Post a Comment