Friday, September 5, 2014

Al-Ankaabut Ayat 36-37


Ayat  36  dan  37

بسم الله الرحمن الرحيم

29:36 
29:37

Terjemahan ayat:

36.     Dan (Kami utuskan) kepada penduduk Madyan saudara mereka; Nabi Syuaib lalu ia berkata:  “Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, dan kerjakanlah amal sholeh dengan mengharapkan pahala akhirat, dan jangan kamu melakukan kerosakan di bumi.

37.     Maka mereka mendustakannya, lalu mereka dibinasakan oleh gempa bumi, serta menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

Coretan  madah:

Kisah Nabi Syuaib kita beralih
Mengajak kaumnya beramal sholih
Mereka ingkar dunia dipilih
Seruan Nabi mereka perlekeh

Sekelip mata azab datang
Bumi bergoncang begitu kencang
Suara gemuruh teramat lantang
Umat terkejut mati tergelimpang

Surah Al-‘Araaf menjadi rujukan
Ayat 86 hingga 93*membawa keterangan
Tiada amanah dalam perniagaan
Umatnya tamak menipu timbangan


*  Ayat  86  hingga  93  Surah Al-Araaf

7:86
7:87
7:88

7:89
7:90
7:91
7:92
7:93

Terjemahanayat::

86.     “Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong.  Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.
87.     “Dan jika ada segolongan dari kamu beriman kepada wahyu  (perintah-perintah Allah) yang aku telah diutuskan untuk menyampaikannya,  dan dan segolongan lagi tidak beriman, maka sabarlah sehingga Allah menjalankan hukumanNya di antara kita semua, dan Dialah jua sebaik-baik hakim”
88.     Ketua-ketua yang sombong dari kaum Nabi Syu’aib berkata; “Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syu’aib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami”.  Nabi Syu’aib menjawab:  adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?
89.     “Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya.  Dan tidaklah kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah.Tuhan kami, menghendakinya.Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu.Kepada Allah jualah kami bertawakal.Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran  (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim.
90.     Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syu’aib (kepada orang ramai):  “Sesungguhnya jika kamu mengikut Syu’aib, nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi”.
91.     Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.
92.     Orang-orang yang mendustakan Nabi Syu’aib   (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syu’aib merekalah orang-orang yang rugi
93.     Kemudian Nabi Syu’aib meninggalkan mereka sambil berkata:  “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu.Oleh itu tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)”

 Bersambung 

No comments:

Post a Comment