Ayat 85
Surah Al-Isra’
بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan
ayat:
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan:
“Roh itu dari perkara urusan Tuhanku;
dan kamu diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja
Coretan madah:
Tidak nampak di
mata kasar
Namun ujudnya
tetap benar
Penciptanya Allah
Maha Besar
IlmuNya luas tidak
tergambar
Dalam Israa’ Allah
berfirman
Perihal roh
manusia tanyakan
Jawaban ringkas
penuh ketegasan
Roh itu urusan
Tuhan
Itulah jawaban
Rasulullah berikan
Pabila Yahudi
mengajukan soalan
Andai anda
bertanyakan yang sama
Pasti serupa
jawaban yang diterima
Penghujung ayat
begitu jelas
Ilmu manusia amat
terbatas
Persoalan roh usah
dibahas
Nanti aqidah bisa
terjejas
Alam ghaib kita
imani
Bukan semestinya kita
salami
Penerokaannya amat
dibimbangi
Al-Baqarah
ayat 3 marilah fahami
Terjemahan ayat 3 surah
Al-Baqarah:
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara
yang ghaib, dan mendirikan
(mengerjakan) sembahyang serta
membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan
kepada mereka.
Selaku hamba wajib
akur
Perintah ditunai dengan
hati luhur
NikmatNya
disyukuri jangan kufur
Dianugerahkan ilmu
usah takbur
Waullah
hualam
No comments:
Post a Comment