Tuesday, June 24, 2014

Al-Mulk Ayat 21

A  Al Mulk Ayat 21

                                                  بسم  الله  الرحمن  الرحيم


67:21



Terjemahan - ayat 21:

21.     Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?  (Tidak ada sesiapapun)  bahkan mereka  (yang musyrik itu)  kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri  (dari kebenaran) 

Cetusan  madah:

Ayat 15 dirujuk kembali
Allah punca segala rezeki
Ayat 21 bagai mengulangi
Penetapan rezeki di tangan Illahi

Usaha gigih mendapat habuan
Diberi nikmat berbentuk kesenangan
Mukmin atau kafir tiada pengecualian
Kerana Allah bersifat Ar-Rahman

Namun yang kafir menolak kenyataan
Kemewahan disangka usaha tangan
Mererka bertindak membelakangi Tuhan
Perintah agama tidak dihiraukan

Ujian Tuhan jadi penentu
Kemewahan hilang satu persatu
Ia gelabah fikiran buntu
Insan lain tak dapat membantu
  
 **
**Rujukan surah al-Kahfi:   (34-36,  42 dan 43):


18:34

18:35
18:36

34.     Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta  (yang lain), lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya:  Áku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai”
35.     Dan ia pun masuk ke kebunnya  (bersama-sama rakannya)  sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri  (dengan sebab kufurnya) sambil ia berkata:  Áku tidak fikir kebun ini akan binasa selama-lamanya.”
36.     “Dan aku tidak fakir, hari kiamat akan berlaku dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhan  (sebagaimana kepercayaanmu) tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini”

 18:42 
18:43

42.     Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tanganya  (kerana menyesal)  terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata:  “Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!”
43.     Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, melain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.


Bersambung.

No comments:

Post a Comment