Al-Mulk Ayat 22
بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan
- ayat 22:
22. Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang
menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur
di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan betul,
melalui jalan yang lurus rata?
Coretan madah:
Ayat ini begitu simbolik
Manusia diumpamakan berjalan
terbalik
Kaki di atas muka di bawah
Hinanya mereka disisi Allah
(Cuba bayangkan muka yang cantik
terpaksa ditenyeh di atas jalanan kerana fungsinya telah bertukar menjadi
kaki. Suatu perbuatan yang hina lagi
memalukan bukan??)
Inilah perumpamaan manusia jahil
Hidayah Allah mereka tak terpanggil
Hidup dilingkari perkara mungkar
Tiada ternampak jalan yang benar
Orang Mukmin Allah muliakan
Dadanya penuh takwa dan iman
Nur Illahi menyinari jalan
Jalan lurus penuh keberkatan
bersambung
No comments:
Post a Comment