Surah Yaseen Ayat 1 - 7
بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan -
ayat 1 hingga 7:
1. Yaa siin
2. Demi
Al-Quran yang mengandungi nikmat-nikmat dan kebenaran yang tetap kukuh
3. Sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad adalah seorang
Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
4 Yang
tetap di atas jalan yang lurus (ugama
Islam)
5. Al-Quran
itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
6. Supaya
engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama
tidak diberikan peringatan dan amaran;
sebab itulah mereka lalai
7. Demi
sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka
tidak mahu beriman
Coretan madah:
Dua huruf pembuka surah
Menjadi rahsia tak mampu
diterjemah
83 ayat bilangan terjumlah
Diturunkan surah di negeri Makkah
Ayat kedua Allah bersumpah
Dengan Al-Quran yang penuh hikmah
Kesucian terjamin takkan berubah
FirmanNya tegas penegak hujah
Muhammad itu Rasul utusan
Rasul penyudah ke akhir zaman
Ugama Islam baginda sebarkan
Membimbing makhluk ke jalan kebenaran
Kepada Muhammad diturunkan Al-Quran
Kitab suci kalam Tuhan
Mukjizat terbesar tiada bandingan
Kekal ujud sepanjang zaman
Mengimbau kembali sejarah jahiliyah
Masyarakat Arab kehilangan arah
Mereka ingkar segala perintah
Ajaran Ibrahim dilupa sudah
Diutus Muhammad pemberi peringatan
Agar mereka kembali ke pangkal jalan
Masih juga ada yang enggan
Mereka pasti mendapat hukuman
bersambung
No comments:
Post a Comment