Monday, March 30, 2015

Ada empat model manusia (source WhatsApps)

Ada empat model manusia
(Di terima dari whatsapp  -  ingin kongsi bersama)
بسم الله الرحمن الرحيم

          Apabila kita perhatikan manusia, kita akan menemuka empat model ini: 

1.     Orang yang taat dan hidupnya bahagia
2.     Orang yang taat tapi hidupnya susah
3.     Orang yang ahli maksiat tapi hidupnya bahagia
4.     Orang yang ahli maksiat dan hidupnya sengsara.

Bila  anda berada pada nombor  satu  itu hal biasa, kerana Allah
berfirman:  Ayat 97 Surah An-Nahl:   “Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”

          Bila anda berada pada nombor  empat  itu juga hal biasa.  Kerana Allah berfirman:  Ayat 124 Surah Thaha:  “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan pertunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari qiamat dalam keadaan buta”

          Adapun bila anda berada pada nombor  dua  ini barangkali ada dua kemungkinan:  Boleh jadi Allah mencintamu dan Dia ingin menguji kesabaranmu, kemudia mengangkat darjatmu.  Seperti firman Allah:  Ayat 155 Surah al-Baqarah:  “Dan sesungguhnya!  Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut  (kepada musuh)  dan  (dengan merasai)  kelaparan, dan  (dangan berlakunya)  kekurangan dari harta  benda dan jiwa serta hasil tanaman.  Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

          Boleh jadi juga di dalam ketaatan anda ada  celah dan dosa yang tidak anda sedari hingga anda terus menunda-nunda untuk bertaqubat.  Untuk itu Allah menguji anda supaya anda kembali kepadaNya.  Allah berfirman:  Ayat 21 Surah As-Sajdah:  “Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dan azab dunia sebelum azab yang besar  (di akhirat kelak)  supaya mereka ruju’ kembali bertaubat”

          Namun bilka anda berada pada nombor  tiga  berhati-hatilah!  Kerana baranglaki itu adalah istidraj.  Ini adalah posisi terjelek yang dihadapi oleh seorang manusia dan akibatnya sengat mengerikan.  Azab dari Allah pasti datang jika anda tidak mengambil pelajaran dan taubat sebelum nasi berubah menjadi kerak.

          Allah berfirman:  Ayat 44 Surah Al-An’am:   “Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekoyong-koyong, maka ketika itu mereka terdiam berp[utus asa”

          Allah berfirman:  Ayat 55 Surah Adz-Dzariyat:  “Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman”


          Wasalam  -  Wallah hu alam

No comments:

Post a Comment