Wednesday, February 25, 2015

Dunia hanya sementara

Alhamdulillah syukur dan puji bagi ALLAH atas nikmat kehidupan didunia yg fana' ini sebagai medan dan tempat menguji manusia siapakah yg terlebih baik amalannya..
Selawat dan salam keatas Rasulullah saw yg menjadi ikutan, contoh teladan dan rujukan pada semua aspek kehidupan insan disepanjang zaman.

Allah Swt berfirman:


وَمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ ۚ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ


Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahuinya
(QS. Al Ankabut 64)


Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah kehidupan yang sementara, pura2 dan penuh
dengan tipu daya... berapa ramai orang yang memburu dunia akhir kesudahannya kecewa, derita dan sengsara...Anggaplah hidup kita didunia ini seolah2 kita sudah berada diakhirat kerana orang yang paling beraqal adalah orang yang paling banyak memberi tumpuan dan perhatian kepada azab ALLAH di akhirat.... bukankah dunia rumah persinggahan yang sementara dan akhirat rumah yang kekal abadi.. sudah pasti orang yang berada diperantauan akan terkenang dan tiada sabar untuk pulang ketempat asal yang kekal abadi.. Sudah pasti akan merindui tempat halaman sendiri dan bersegera untuk kembali....

Andainya manusia sedar dan yakin bahawa mereka akan kembali jua kesana nescaya mereka akan bersibuk2 mencari bekal dan mempersiapkan diri agar terhindar dari bencana azab neraka...

Bagi orang2 yang sudah ready dan lulus segala ujian akan pasti bergembira bila dijemput pergi.. bagi yang tak ready dan fail akan putus asa dan kecewa serta menyesal dan merayu agar diberi tangguh lagi..

oleh yang demikian sedarlah dan insafilah wahai diri.. carilah bekalan dan buatlah persediaan dan persiapan sebagaimana yang diperintahkan moga2 selamat sejahtera disana insya ALLAH....

Maka berpalinglah daripada dunia dan kembalilah kepada akhirat yang kekal abadi. Ambilah daripada dunia sekadar keperluan dan jangan sekali2 menjadinya sebagai matlamat dan tujuan......

Ya Allah, perbaikilah urusan agama kami yang menjadi pegangan bagi setiap urusan kami. Perbaikilah dunia kami yang di situlah urusan kehidupan kami. Perbaikilah akhirat kami yang ke sanalah kami akan kembali. Jadikanlah hidup kami ini sebagai tambahan kesempatan untuk memperbanyak amal kebajikan, dan jadikanlah kematian kami sebagai tempat peristirahatan dari setiap kejahatan.

Sumber WhatApps

Aminn Ya Rabbal Aalamin

No comments:

Post a Comment