Wednesday, February 18, 2015

Berbuat BAIK - sumber WhatApps

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



ALHAMDULILLAH syukur dan puji bagi ALLAH atas nikmat yg tak terhitung dan rahmat Nya yg
maha luas tiada tepi dan sisi dan kurnia Nya yg Maha Tinggi..

Selawat dan Salam keatas Rasul Nya Nabi Muhammad Saw diantara satu kurnia ALLAH yg paling besar ke atas manusia akhir zaman.

Maksud Firman ALLAH :

" Sesungguhnya rahmat ALLAH amat hampir dan amat dekat kepada orang2 yang berbuat baik dan kebaikan... "
Al A'raf:56

Sesungguhnya ALLAH itu MAHA BAIK dan amat kasih dan suka kepada orang2 baik dan berbuat baik. Maka marilah kita bersegera dan berlumba2 dalam berbuat baik dan kebaikan...

Maka justeru itu marilah kita berdoa dan berusaha agar diri kita menjadi baik, suka berbuat baik dan kebaikan, suka kepada org2 yg berbuat baik dan kebaikan, suka kepada orang2 yg menyeru dan mengajak kepada berbuat baik dan kebaikan, menyokong dan mendokong kepada orang2 baik dan kebaikan.. Insya ALLAH moga2 ALLAH merahmati kita semua....

Tak mengapa jika kita masih belum baik, tetapi kita suka berbuat baik dan kebaikan, suka kepada orang2 yg baik dan menyeru kpd kebaikan.. insya ALLAH itu tanda dan alamat kita akan menjadi baik...

Adalah teramat malang jika orang2 yg masih belum baik, tetapi tiada suka kepada orang2 baik dan kebaikan dan benci pula kepada orang2 yg berbuat dan menyeru kepada kebaikan....

Tanda2 dan alamat hati orang yg baik itu adalah hatinya amat kasih dan suka kepada org2 baik, cenderung dan condong kepada perkara2 yg membawa kepada kebaikan...

Manakala hati org yg tak baik adalah sakit hati kepada orang2 baik dan benci, meluat, menyampah apabila melihat org2 berbuat baik dan kebaikan...

Maka oleh yg demikian andainya kita ingin mengharapkan kepada rahmat dan kasih ALLAH maka hendaklah bersama dengan orang2 baik dan berbuat kebaikan.. insya ALLAH kita akan beroleh kebaikan dari sisi ALLAH..

Andainya kita belum mampu untuk menjadi baik, belum mampu untuk berbuat baik maka cukuplah dahulu dengan suka dan sokong orang2 baik dan berbuat kebaikan moga2 ianya menjadi asbab dan langkah awal untuk kita menjadi baik dengan izin ALLAH..

Insya ALLAH senantiasalah bersungguh2 berdoa kepada ALLAH minta kepada ALLAH disamping gigih berusaha agar kita menjadi orang2 yg baik dan moga ALLAH perbaiki diri kita agar menjadi lebih baik. Mudah2an beroleh rahmat ALLAH kerana hanya sanya untuk selamat dan masuk syurga adalah semata2 dengan rahmat ALLAH..

Moga2 limpahan rahmat ALLAH yang berkekalan atas kita semua.. dan dengannya itu kita beroleh kebaikan, kebahagian, kesejahteraan, keselamatan, ketenangan dan kemenangan yg hakiki dan abadi.. Insya ALLAH...

YA ALLAH YA TUHAN kami
Kurniakanlah kepada kami petunjuk, taufiq, rahmat dan pertolongan dlm mentaati MU, mengingatiMU dan mensyukuri nikmat MU, sabar dan redha dalam bala ujian dan taqdir MU

Ya ALLAH berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan selamatkanlah kami drp azab siksa api neraka..

آمين يا رب العالمين

No comments:

Post a Comment