Ayat 44
dan 45
بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan ayat:
44. Allah
mencipta langit dan bumi dengan cara yang layak dan berhikmah; sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang yang beriman
45. Bacalah
serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari
Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang
(dengan tekun); sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya
mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya
dan kesannya); dan (ingatlah)
Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Coretan madah:
Berdiri langit tanpa bertiang
Bumi terhampar luas terbentang
Otak berfikir mata memandang
Ciptaan Allah tiada yang kurang
Begitu sempurna hasil tercipta
Apatah lagi Sang Pencipta
SubhanAllah aku kehilangan kata
Jiwa bergetar mengalir airmata
Kerdilnya aku selaku hamba
Sering khilaf berbuat dosa
RedhaMu Tuhan yang aku damba
Moga terhindar daripada siksa
Al-Quran diturunkan penyuluh jalan
Bacaan dihayati menyusul amalan
Taati suruhan jauhi larangan
Barulah bacaan memberi kesan
Sama ceritanya prihal sholat
Ditegakkan ia rasa penuh taat
Dimulai takbir berserta niat
Bacaan salam dihujung rakaat
Sholat khusyuk mencegah mungkar
Kedengaran seperti perkara sukar
Kerana bersholat bagai dikejar
Sifat kehambaan begitu pudar
Fungsi sholat jadi tersasar
Jangan ulangi perkara sudah
Berusaha kita perbaiki ibadah
Sibukkan diri mengingati Allah
Setiap langkah padaNya berserah
No comments:
Post a Comment