Yaseen Ayat 48-50
بسم الله الرحمن الرحيم
Terjemahan – ayat 48 hingga 50:
48. Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara
dan balasan akhirat) mereka
bertanya (secara mempersenda): “Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”
49. Mereka
tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) – akan
membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing)
50. Maka
dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan
(kalau mereka berada di luar)
mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya
Coretan madah:
Mereka persenda kedatangan kiamat
Merasa diri terlalu hebat
Konon mahu datangnya cepat
Mereka rasa diri tetap selamat
Kedatangan kiamat tak perlu dipinta
Datangnya nanti sekelip mata
Tanpa sempat berkata-kata
Segalanya musnah serta merta
..bersambung..
No comments:
Post a Comment