Monday, January 5, 2015

KISAH IMAM HASAN AL-BASRI

KISAH IMAM HASAN AL-BASRI

Dikisahkan, Imam Hasan al-Basri memiliki jiran Nasrani yang menyewa bilik kecil di atas loteng rumahnya. Oleh kerana atap rumah keduanya bersambung menjadi satu, maka air najis yang berasal dari tandas jirannnya itu sentiasa mengalir dan menitis ke dalam bilik Imam.
Melihat demikian, beliau terus bersabar dan tidak menjadikannya satu masalah. Beliau menyuruh isterinya meletakkan bekas untuk menadah titisan air kencing itu agar tidak mengalir ke mana-mana. Selama dua puluh tahun perkara itu berlarutan dan Hassan al-Basri tidak mengatakan atau memberitahu mengenainya. Dia benar-benar ingin mengamalkan sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhirat, maka muliakanlah jiran tetangganya".
Suatu hari, Hassan al-Basri sakit. Jiran Nasraninya itu datang untuk menziarahinya.Dia merasa aneh ketika melihat ada air menitis dari atas bilik imam. Dia melihat dengan teliti titisan air yang terkumpul dalam bekas.Ternyata, itu air kencing.Dia terus faham bahawa air kencing yang mengalir tersebut berasal dari bilik kecil yang berada di atas loteng rumahnya.
Dan yang membuatnya bertambah hairan, mengapa Imam Hassan al-Basri tidak memberitahunya? "Imam, sejak bila kamu bersabar dengan titisan air kencing kami ini?" tanya si jiran. Hassan al-Basri diam. tidak menjawab.Beliau tidak mahu jiran tetangganya berasa tidak selesa.
"Imam,katakanlah dengan jujur, sejak bila kamu bersabar dengan titisan air kencing kami ini?jika kamu tidak katakan, maka kami akan berasa sangat tidak selesa.,"desak tetangganya. "Sejak dua puluh tahun yang lalu,"jawab Imam Hassan al-Basri dengan suara yang rendah. "Mengapa kamu tidak memberitahuku?" "Nabi mengajar supaya memuliakan jiran tetangga, Rasulullah bersabda:" sesiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhirat, maka muliakanlah jiran tetangganya."
Seketika itu, si jiran terus mengucapkan dua kalimah syahadah. Dia dan seluruh keluarganya memeluk Islam. Subhanallah, kerana setia mengamalkan sunnah Rasulullah dan berakhlak seperti Rasulullah, jiran Nasrani itu diberi hidayah oleh ALLAH untuk memeluk agama Islam.
KISAH IMAM HASAN DAN PENGANGKUT AIR
SUATU hari, ada seorang kuli pengangkut air yang sehari-harinya sentiasa mengucapkan tahmid dan istighfar (alhamdulillah wa astaghfirullah). Hasan Al-Basri, penghulu para tabi'in, melihat hal tersebut merasa ingin tahu dan menanyakan kepada sang kuli pengangkut air yang saat itu berkunjung ke rumahnya.
“Kalau boleh tahu sejak bila engkau selalu mengucapkan dua kalimah tersebut?,” tanya Hasan Al-Basri.
“Sudah lama”, jawab sang kuli pengangkut air.
“Kenapa engkau selalu mengucapkan dua kalimah itu?,” tanya Hasan Al-Basri.
Sang kuli menjawab, “Kerana kita selalu berada dalam dua keadaan, kala kita mendapatkan nikmat, kita harus bersyukur kepada Allah namun ada kalanya kita berada dalam keadaan lalai dan alpa, banyak melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat dan menimbulkan kemudharatan, kita harus meminta ampun kepada-Nya,” jawab sang kuli.
“Lalu apa faedah yang engkau perolehi dengan mengucapkan dua kalimah tersebut?,” tanya Hasan Al-Basri lagi.
“Faedahnya ialah doa-doaku selalu dikabulkan. Tapi ada satu doaku yang belum Allah kabulkan,” katanya.
“Boleh aku tahu doa apa itu?”
“Allah belum mengabulkan doaku untuk bertemu dengan ulama yang sangat aku kagumi.”
“Siapakah ulama itu?”
“Hasan Al-Basri”
Hasan Al-Basri kemudian memeluk sang kuli dan berkata, “Sekarang Allah telah mengabulkan doamu, akulah Hasan Al-Basri itu.”
Sang kuli pun terkejut dan tidak berhenti mengucap puji syukur kerana Allah telah mengabulkan doanya.


SILA SHARE DAN SEBARKAN

No comments:

Post a Comment