Assalamualaikum para pembaca budiman..
بسم الله الرحمن الرحيم
Madah Pak Engku sudah bersiaran sejak pertengahan Februari 2014 dengan 14 kumpulan madah dikongsi. Seperti yang dipraktiskan di dalam mana-mana sesi perkongsian, komunikasi dua hala adalah amat penting bagi mengekalkan kualiti kerja dan menentukan penambahbaikan yang berterusan. Pada awal March kita telah mengurangkan jadual penyiaran dari setiap minggu kepada sekali setiap dua minggu dengan tujuan agar pembaca mendapat cukup masa mendalami apa yang tersirat sebelum penyiaran yang baru. Setelah sebulan dengan jadual ini kami ingin mendapatkan maklumbalas dari pembaca samada langkah demikian adalah lebih baik atau penyiaran setiap minggu adalah lebih effektif?
Dalam kesempatan ini Pak Engku memohon para pembaca memberi sedikit komen membina yang mana boleh digunakan untuk menambahbaik madah-madah seterusnya, InsyaAllah.
Seperti yang disiarkan pada salam pengenalan madah Pak Engku di bulan Feb'14
Aku mengharap kritikan membina
Menyedari diri tidak sempurna
Bukan niat mengejar nama
Madah ingin dikongsi bersama
Mudah-mudahan kita semua diberkatiNya..
Pak Engku
9/4/14
9/4/14
No comments:
Post a Comment