Monday, March 17, 2014

Madah ayat 74 surah al Baqarah

Madah ayat 74 surah Al Baqarah

Madah ayat 74 surah al Baqarah


بسم الله الرحمن الرحيم


ثُمَّ  قَسَتْ  قُلُوْبُكُم  مِّنْ  بَعْدِ  ذَلِكَ  فَهِيَ  كَالْحِجَارَةِ  أَوْ  أَشَدُّ  قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ  الْحِجَارَةِ  لَمَا  يَتَفَجَّرُ  مِنْهُ  اْلأَنْهَرُ  وَإِنَّ  مِنْهَا  لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ  الْمَآءُ  وَإِنَّ  مِنْهَا  لَمَا  يَهْبِطُ  مِنْ  خَشْيَةِ  اللهِ  وَمَا  اللهُ بِغَفِلٍ  عَمَّا تَعْمَلُوْنَ.

Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras.  Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya.  Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya.  Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah.  Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.


Cetusan madah:

Aku terpanggil merenungi ayat
Surah al-Baqarah ayat tujuhpuluhempat
Resam batu keras bersifat
Kerasnya hati terlebih dahsyat

Sekerasnya batu ada sungai mengalir
Batu terpecah keluar mata air
Penjana kehidupan setiap yang lahir
Mulianya batu pernah kah terfikir?

Dataran tinggi batu berbungkah
Dilanda hakisan jatuh ke bawah
Sebesarnya batu tak pernah megah
Tetap tunduk takutkan Allah

Lihatlah pula si keras hati
Hatinya itu bagaikan mati
Mulut berbuih cuba menasihati
Namun hatinya enggan mengerti

Mereka ini sombong dan degil
Hidayah Allah mereka tak terpanggil
Mereka hidup berkeadaan jahil
Pahala disingkir, dosa diambil

Lebih berfaedah batu yang mulia
Walaupun keras masih berguna
Hati yang keras hidupnya hina
Hati kita bagaimana???????

No comments:

Post a Comment